Hai peeps!!
Hari ni nak buat review tentang baby stuff pulak. Tapi sebenarnya malu..sebab aku takdelah beli barang-barang mahal pun kat baby. Semua pun aku amik yang paling murah punya harga. Hoho.
Nak review dari mana dulu ye?
Aku hentam checklist je la ye. *perut ni dah nak 9bulan, tak reti-reti nak buat lagi baby checklist ke?*
1) Pakaian
Pakaian ni memang bab paling best nak dibeli. Kau tengok baju ni..cantik. Kau tengok baju tu..eh kiutnya. Tengok tengok lagi...wahh comel kot anak aku kalau pakai baju ni..sekali tengok tengok purse..eh eh takde duit. Begituuu.. Haha.
Untuk Adel, kebanyakan baju aku beli kat kuantan. Maklumlah kat Kemaman ni tak banyak sangat choice. Jadi beli sana je bestt. Kat online pun comel tapi kebanyakkan bajunya harga sedikit murah banding dengan harga kat kedai. Tapi yang buruknya kita tak dapat nak rasa material kain baju tu. Tebal sangat ke, nipis ke, kasar ke, lembut ke apa ke kan. Jadi iktulah mana terbaik. So far aku tak de lagi beli baju baby scara online kalau tilam baby tu ada la tu pon ade pakej promosi. Semuanya sampai dengan selamat. Cuma aku perasan kebanyakan baju yang aku beli gaun n rompers tapi yg comel2 la yep.
Tapi bagi aku kedai paling best nak borong baju baby adalah di Parkson.
Kat Parkson...harga bajunya taklah terlalu mahal. Kalau tengah lelong-lelong tu kau boleh dapat baju sepuluh hengget je sepasang. Tapi apa yang lagi penting adalah material kain baju tu sesuai dengan cuaca dan iklim kita kat Malaysia ni.
Selesa.
Tentang baju lagi. Ramai yang kata jangan beli baju banyak-banyak..anak cepat besar. Yep itu betul. Jangan beli terlalu banyak tapi jangan sampai beli 2 3 helai je pulak ye. Aku sebenarnya tak berapa suka stigma sesetengah orang yang beli baju anak 2 3 helai kononnya nanti ada ramai oranga akan hadiahkan baju lagi. Entahlah..kurang suka pandangan gitu. Itu anak kau, kenapa nak mengharap orang lain sediakan kain baju anak kita pulak kan? Kalau ada orang hadiahkan alhamdulillah la..rezeki. Buatnya kalau takde??? Berbedung n berbogel seksi la budak tu kat situ. Jadi pandai-pandailah bajet nak rembat brape pasang baju untuk baby baru lahir. Tips dari aku...
- beli baju butang depan lebih sikit.
- rompers tak perlu beli banyak.*tapi aku suka tgk baby pkai rompers ni cam kuit je.. hee* Even tak berapa sesuai sebab kulit baby terdedah. Bila umur dia dah 3 bulan ke atas mungkin okey. Boleh pakai legging.
- Beli baju takde lengan 3 4 pasang. Malaysia ni panas. Baju pesen gitu amat selesa kecuali baby korang duduk dalam air cond hampir kebanyakan masa.
- Baju saiz newborn mesti ada jugak sikit. Kesian kat anak lahir-lahir je habis semua baju seluar longgar-longgar kalau semua baju beli saiz besar.
- Beli baju 1 saiz lebih besar dari saiz badan sebenar anak. Katakan baby newborn *saiz 0-3 bulan*, jadi beli baju saiz 3 - 6 bulan supaya tahan lama sikit. Baby pun cepat besar.
- Mitten and booties kena ada at least 8 - 10 pair. Baby newborn sampai umur 3 bulan memang akan pakai mitten and booties setiap masa. Oh ye, ada sesetengah mitten and booties ni ada saiz. Jadi check it out.
- Stokin tak perlu beli banyak. 2 3 pasang cukup. Beli saiz besar sikit supaya boleh pakai lama.
- Barut sila beli banyak. Kalau boleh, beli lebih dari 10 helai. Baby biasanya akan tukar barut tiap kali tukar pampers sebab barut pun sama kotor kena kencing berak dia. Jadi beli lebih tak kiralah barut jenis tali ke jenis stripe ke. Tapi untuk baby baru lahir, barut tali lebih sesuai sebab boleh adjust saiz. Barut jenis berpelekat tu biasanya longgar untuk baby 0 - 2 bulan.
- Baby bip tak perlu beli lagi pun takpe. Baby bukan boleh makan lagi pun. Setakat minum susu boleh alas dengan sapu tangan jek. Lebih senang.
- Sapu tangan...pun sila beli banyak. Itu lah nak guna buat lap air lir meleleh dia..itulah nak guna lap sisa-sisa susu kat mulut pipi dia, nak lap muak dia apa semua..jadi beli lebih..
- Bedung...guna napkin sudah. Boleh jugak nak beli kain bedung yang fancy fancy yang banyak jual sekarang ni tapi bagi aku kainnya agak tebal and panas. Kesian baby. Aku just beli kain napkin jek. Itupun tak tahu la lama baby aku ni nak berbedung dan tak ramai baby yang suka dibedung. Huhu.
- Selimut...beli la 2 helai cukup.
- Towel..beli lebih. 5 6 helai pun takpe. Baby bisanya suka nak kencing time lepas mandi. Time mama dia nak pakaikan baju, time tulah dia nak kencing. Pastu habis dengan towel-towel pun kena kencing sekali. Huhu.
Apa lagi yang penting bab pakaian ni ye??
Itu je kot yang penting. Kalau ada yang tertinggal boleh comment box okey :)
Kita sambung lain kali ye barang-barang yang lain pulak.
No comments:
Post a Comment
* Apa2 je korang nak komen ,,hekss *